BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

Kisah Ayat Quran Timbul Dikulit Bayi...

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.


Ali


Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat. Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu. Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Makhluk Pelik di Pantai Guinea

Sehingga kini, professor Barat masih tidak dapat mengenalpasti spesies apa makhluk raksasa yang terdampar di pantai Guinea pada tahun 2007 .Inilah manusia, kita tak tahu semua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang di langit dan di dalam lautan








sumber:

http://www.darulbayan.com

Friday, December 18, 2009

Pelik tapi benar

Kadang-kadang anda tidak percaya benda yang anda lihat sendiri di depan mata anda. Contohnya, kemalangan jalan raya yang berlaku di depan mata anda.

Pada saat itu, anda mungkin terkelu, terkesima dan ap2 lagi la “ter” yg ada. Tapi itu fenomena biasa bagi seorang yang bergelar manusia.

Entry den kali ini bukan nak bercerita sal tu, tapi nak kongsi ngan korang gambar yang aku baru tengok ni.

Ni gambar dak perempuan cucuk mata. Ntah pe2 la dye ni, cam xde keje je. Mata sendiri pon nk cucuk. Cam xde keje lain nk buat. [cbuk je den care sal orang len...he3]

Ni lak gambar kasut. Yang tak tahannye, kasut ni bentuk

cam kaki orang. Sape2 yang pakai kasut ni, skali pandang

cam x pakai kasut je.

try gak cari kasut camni. Klu pakai pg lecture syok gak ni.

Menarik perhatian orang ramai..haha

Pemburu anaconda

anaconda-1.gif

Persedian rapi sebelum menangkap anaconda..

anaconda-2.gif

Masuk kedalam sarang anaconda

anaconda-3.gif

Ada sape yang berani masuk..?

anaconda-4.gif

Tu dia.. bapak beso...

anaconda-5.gif

Marah nampak..?

anaconda-6.gif

Dapat dah..

anaconda-7.gif

Tolong menolong sifat yg mulia..

anaconda-8.gif

Selamba je dia pengang.. akhirnya berjaya jugak aku tangkap..

anaconda-9.gif

Selamat meyambut maal hijrah 1431

Selamat Tahun Baru Ma\
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1431 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini...... perbaiki segala amalan dan sama2 muhasabah diri dari perkara yang lebih baik
tambahkan pahala berganda, berazam untuk perubahan amalkan al-quran dan sunnah rasulullah sebagai panduan hidup semoga kita beroleh kerahmatan dan keberkatan didunia mahu pun di akhirat.. insyaalah....



k

Sunday, December 13, 2009

Tok kenali ( 1870 - 1933 )


Tokoh ulamak Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulamak besar Semenanjung Melayu sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Halaim (Muar), Haji Mat Syafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi sebutan dan bualan ramai.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1350H-1327H). sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini kedalam kurikulum pengajian pondok (sebelum itu tertumpu kepada usuluddin, fiqh da tasawauf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tuk Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa - bukan saja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah: Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj, Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj, Abdullah Tahir Bunut Payung. Hj. Yusof Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latiff Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato Hj. Hassan Yunus al-Zahari (Menteri Besar Johor), Dato Hj. Abdul Rahim Yunus, (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).

Di samping itu dua orang putera Tok Kenali sendiri - Tuan Guru Hj. Ahmad (tok guru haji ahmad bagok) dan syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) - juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai "Serambi Mekah" itu sangat berkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.

Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

Tuesday, December 8, 2009

12 Kenderaan Paling Pelik di Dunia

1. Bigfoot: World's Biggest Monster Truck

Bigfoot 5 adalah trak raksasa yang paling besar & berat di dunia. Ia memiliki badan 1996 Ford F250 pickup dengan 460 inci V8 kuasa. Berat Bigfoot 5 ialah 28,000 lbs dengan ketinggian15 kaki 6 inci. Tayar gergasinya berasal dari kereta api darat Alaska iaitu kenderaan yang digunakan oleh tentera US pada tahun 1950'an.

2. Thrust SSC: bergerak lebih 750 batu sejam

Thrust SSC (Super Sonic Car) dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce 205 Turbojet seberat 25,000 lb thrust. Ia memberikan kuasa maksimum seumpama sebanyak 145 buah kereta lumba Formula 1. Thrust SSC seberat 10 tan dan pernah direkodkan mencapai kelajuan maksimum 766 mph di padang pasir Black Rock Nevada, USA pada 15 Oktober 1997.

3. Eclectic: kenderaan tenaga automatik pertama di dunia

Ia dikatakan kenderaan ciptaan pertama di dunia yang menjana tenaga secara automatik. Eclectic, Venturi dilengkapkan dengan panel solar dan turbin angin bagi membolehkannya menjana tenaga. Ia juga mempunyai soket bagi tujuan caj semula manakala panel serta turbin tersebut hanya mampu mencapai 14 batu sehari. Menurut Venturi, Eclectic berharga $31,500.

4. Mattrack Truck: Kereta Ski

Ia merupakan trak biasa di mana rodanya ditukar dengan mattrack belts. Syarikat Mattrack berupaya membuat mana-mana kenderaan 4×4 dari ATV hingga 20 tan trak. Belt yang pendek tersebut membolehkan trak Mattrack dipandu hampir ke semua tempat kecuali tempat bersalji yang dalam. Ini memerlukan belt yang lebih panjang seperti terdapat pada Piston Bully.


5. Peugeot Capsule: Kereta pod pelepas

Kini pereka Alp Germaner telah mereka pod pelepas yang tiada dipandu di jalan raya. Sebelum ini "Peugeot Capsule” kenderaan elektrik ''off road' untuk seorang penumpang yang diinspirasi daripada motosikal KLR 650. Dilengkapi dengan GPS, skrin LCD yang juga bertindak sebagai cermin pandang belakang, sambungan internet sepenuh masa dan juga mempunyai ruang bagasi yang cukup.


6. Evolution: Kereta Super Mesra Alam
Berbeza dengan dari kereta mesra alam yang biasa, kereta konsep ini daripada DLoremo AG, syarikat kereta German, bukan berdasarkan hybrid tetapi beratnya yang hanya 450kg, mencapai hingga 157mpg. Kelajuannya boleh mencapai hingga 160km sejam dengan enjin 2 cylinder turbo-diesel. Selain itu, pintunya yang menarik dibuka dari hadapan untuk pemandu memasukinya.


7. LEGO F1: Kereta lumba Ferrari
Dengan anggaran 12k-20k pelaburan dengan 80,000 cantuman LEGO menjadikannya kereta LEGO F1 yang terbesar dicipta. Kereta Ferrari F1 ini berdasarkan F2008, dengan skala 1:1, di mana ia boleh dipandu dipamer di Amsterdam Holland, di acara tahunan ‘Lego World'.


8.
Peel 50: Kereta terkecil di duniaKereta mikro beroda 3 ini mencatatkan rekod sebagai kereta paling kecil dibuat untuk dipasarkan. Ia semestinya mampu parking di kawasan yang sempit. Seperti yang dilihat di London's Piccadilly Circus, kereta Peel 50 dibenarkan dipandu di jalan raya Britain.


9. Limosin Terpanjang di dunia
Kereta mewah limosin ini merupakan yang terpanjang di dunia. Panjangnya berukuran 100 kaki(lebih dari 30 meter). Mempunyai 26 tayar, ruang untuk lebih banyak penumpang, dengan jakuzi, sun deck, swimming pool, dengan beberapa katil dan juga sebuah helipad!


10. Dream Car 123: Kereta piramid elektrik Apakah yang beratnya 8,000 pound, dihidupkan dengan wang syiling dan rupanya seperti piramid di Egypt? Dream Car 123! Rupanya mungkin seperti piramid, namun rangkanya seperti kereta kebal dan menyala seperti warna neon pada waktu malam. Yang menariknya ia dijana melalui elektrik dengan caj semula selama 3.5 jam membolehkannya dipandu hingga 240 batu dengan kelajuan hingga 40 mph. Penciptanya Greg Zanis telah mereka satu menara bagi menjana tenaga solar dan angin bagi mencaj semula kenderaan tersebut.

11. Colim: Caravan mudah pisahColim, kenderaan baru yang dicipta oleh Christian Susana, merupakan kombinasi yang menarik di antara kereta dan juga caravan. Di bahagian hadapannya, kenderaan unik yang boleh dipisahkan untuk 2 penumpang. Rupa Colim mungkin kurang menarik namun ia sangat berguna dengan fleksibiliti yang dimilikinya.


12. Jet-powered Flatmobile: Kereta paling leper di dunia "Flatmobile" akan dicatat dalam buku Guinness sebagai kereta paling leper di dunia. Lepernya berukuran 19 inci dan dikatakan dibenar berada di jalan raya. Rupanya seperti Batmobile- merupakan kenderaan yang sangat berbahaya—penciptanya Perry Watkins menyumbat turbin gas di belakang kenderaan tersebut.

Sunday, December 6, 2009

[ Hot Pic ] Imej Matahari Dari Jarak 5000 KM !

Susah mau dapat punya gambar ... Ini adalah imej Matahari yang diambil oleh Royal Swedish Academy of Science pada 14 November 2002 dengan menggunakan Royal Swedish Telescope.
Memang hebat ciptaan Allah ... Neraka adalah beribu kali lebih panas dari Matahari ...



INFO EKSTRA :

  • Suhu permukaan Matahari adalah 6 000 darjah Celcius.
  • Manakala, suhu dalaman Matahari adalah 12 juta darjah Celcius !!!

Bumi Di Waktu Malam

Indahnya pemandangan Bumi pada malam kan ? Kalau korang nak tengok lagi, boleh buka :

http://www.nightearth.com









6 Pelangi Indah

1. Sumatera Barat, Indonesia 1993







2. Havana, USA 2001








3. Florida, USA 1999








4. Laut Merah, Mesir 2005








5. Pattaya, Thailand 1997








6. Langit Dubai, UAE 2002


Ular Berkepala Dua


[PIC] Di dalam Tubuh Kita ..

Gambar - gambar di dalam tubuh kita ! Jelas betul !

Ovum di dalam badan wanita ..

Villus di dalam usus perut kita .. (Camtu bentuknya yer..)

Salur darah di dalam saraf optik ..


Purkinjye Neuron .. (Apa ni ? Sel saraf ker ?)


Plak gigi .. Gosoklah gigi wahai kawan-kawanku...


Hujung rambut yang patah .. Jelas betul gambar ni..


Embrio manusia dan sperma..


Embrio manusia yang berusia 6 hari .. Keciknya..


Alveoli pada paru-paru kita ..


Sel kanser paru-paru .. Berhentilah merokok kawan-kawan ..


Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.