BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

Allah Maha Pencipta



Cuba anda perhatikan serangga di atas. Berwarna-warni dan disertai dengan duri-duri halus. Sebagai manusia yang waras fikirannya pasti akan terdetik dalam hati kecil, tak mungkin ianya terjadi sendiri melainkan ada suatu kuasa lain yang Maha Agung yang menciptanya. Dan bagi umat Islam sudah pasti mengatakan ia adalah ciptaan Allah, tuhan yang satu yang menguasai seluruh alam ini.

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." - Al -Araf:54

Manusia tidak mampu untuk mencipta semua ini, apatah lagi tuhan-tuhan lain yang disembah oleh manusia sedangkan tubuh badan mereka sendiri pun dibuat oleh manusia.




Terdapat berjuta-juta spesis serangga dan ianya berada hampir di kesemua tempat di dunia ini. Setiap spesis memiliki keunikannya yang tersendiri. Sebenarnya masih banyak lagi yang tidak dijumpai. Cuba bayangkan itu baru kita menjengok alam serangga belum lagi alam ikan, alam tumbuhan, alam sel dan pelbagai-bagai lagi ciptaanNya yang tidak mampu kita gambarkan.



Saya pernah 'terbaca' satu artikel sewaktu menunggu seseorang di sebuah klinik. Kebetulan ada beberapa majalah disediakan di situ. Jadi saya mengambilnya dan membaca untuk menghilangkan kebosanan. Apa yang menarik perhatian saya ialah satu artikel yang menunjukkan gambar pantai yang landai dan cantik. Kata artikel tersebut, kalaulah manusia dapat melihat secara makro apa yang ada di pantai tersebut nescaya manusia tidak akan berani ke pantai lagi kerana terdapat berbillion-billion makhluk halus di situ.



Justeru itu marilah kita merenung dan menghayati kebesaran Illahi ini. Nescaya kita akan insaf serta berubah menjadi orang-orang yang beriman dan akan menjadi lebih mendekatkan diri kepadaNya, pencipta kita dan pencipta seluruh alam ini.

0 comments: