BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

Kereta Peronda Palsu


Seimbas lalu anda akan mengatakan bahawa seorang polis peronda sedang menjalankan tugas di sebuah jalanraya. Lagaknya seperti ia sedang merakam kamera had laju kereta yang melintasi.


Apabila pemandu melihat kereta polis ini dari jauh sudah pasti mereka akan memperlahankan kereta, memakai talipinggang keledar dan memandu dengan sangat berhemah sekali.


Tapi ia bukanlah kereta betul. Sebaliknya hanyalah berupa papantanda amaran supaya memperlahankan kelajuan kereta.


Polis Malaysia sepatutnya mengunakan kaedah ini dari membazirkan berjuta-juta RM membina pondok yang panas yang tak ada seorang pun anggotanya yang sanggup duduk di dalamnya. Jutaan RM dapat dijimatkan disamping mengajar pemandu supaya lebih berdisiplin.

0 comments: